Saturday, November 20, 2010

1.0 PENGENALAN

Masalah miskonsepsi isipadu cecair definisikan sebagai kesilapan penaakulan pelajar terhadap kapasiti isipadu dalam dua bekas yang berbeza saiznya. Kesilapan penaakulan ini berlaku apabila seseorang murid itu menganggap bahawa tinggi kapasiti air sebagai penanda aras banyaknya air di dalam sesuatu bekas. Pada dasarnya, kita mengakui bahawa saiz bekas yang berbeza akan mengelirukan kita dalam menentukan isipadu cecair. Masalah ini akan mengganggu proses murid tersebut untuk memahami konsep  isipadu cecair yang betul. Bagi memperbaiki keadaan ini, guru-guru matematik boleh menyiasat masalah miskonsepsi ini dengan menyuruh murid membawa pelbagai jenis dan saiz bekas untuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran isipadu cecair di dalam bilik darjah. Antara bekas-bekas yang sesuai, murah dan mudah diperolehi ialah menyuruh murid membawa bekas botol air, bekas minuman tin, container makanan dan sebagainya yang dapat menyimpan air di sekitar rumah atau sekolah. Selepas pelbagai bekas ini di bawa ke kelas, guru mula menunjukkan kepada murid untuk membandingbezakan isipadu cecair menggunakan bekas yang sama atau berbeza. Dalam tugasan ini saya akan menunjukkan satu video dari internet yang menunjukkan bagaimana isipadu cecair disukat. Seterusnya saya akan mencipta dua bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid tahun dua untuk memahami konsep isipadu cecair. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar tadi, saya akan merancang dua aktiviti pengajaran untuk murid-murid cerdas dan juga untuk murid-murid yang lemah. Akhir sekali  saya akan membina satu blog dan kemudiannya memasukkan video, bahan-bahan bantu mengajar dan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ke dalam blog yang telah dibina itu.

No comments:

Post a Comment