Saturday, November 20, 2010

1.0 PENGENALAN

Masalah miskonsepsi isipadu cecair definisikan sebagai kesilapan penaakulan pelajar terhadap kapasiti isipadu dalam dua bekas yang berbeza saiznya. Kesilapan penaakulan ini berlaku apabila seseorang murid itu menganggap bahawa tinggi kapasiti air sebagai penanda aras banyaknya air di dalam sesuatu bekas. Pada dasarnya, kita mengakui bahawa saiz bekas yang berbeza akan mengelirukan kita dalam menentukan isipadu cecair. Masalah ini akan mengganggu proses murid tersebut untuk memahami konsep  isipadu cecair yang betul. Bagi memperbaiki keadaan ini, guru-guru matematik boleh menyiasat masalah miskonsepsi ini dengan menyuruh murid membawa pelbagai jenis dan saiz bekas untuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran isipadu cecair di dalam bilik darjah. Antara bekas-bekas yang sesuai, murah dan mudah diperolehi ialah menyuruh murid membawa bekas botol air, bekas minuman tin, container makanan dan sebagainya yang dapat menyimpan air di sekitar rumah atau sekolah. Selepas pelbagai bekas ini di bawa ke kelas, guru mula menunjukkan kepada murid untuk membandingbezakan isipadu cecair menggunakan bekas yang sama atau berbeza. Dalam tugasan ini saya akan menunjukkan satu video dari internet yang menunjukkan bagaimana isipadu cecair disukat. Seterusnya saya akan mencipta dua bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid tahun dua untuk memahami konsep isipadu cecair. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar tadi, saya akan merancang dua aktiviti pengajaran untuk murid-murid cerdas dan juga untuk murid-murid yang lemah. Akhir sekali  saya akan membina satu blog dan kemudiannya memasukkan video, bahan-bahan bantu mengajar dan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ke dalam blog yang telah dibina itu.

2.0 VIDEO TENTANG BAGAIMANA MENGUKUR ISIPADU CECAIR

Berikut adalah satu video yang menunjukkan bagaimana mengukur isipadu cecair.

Video Link: http://www.youtube.com/watch?v=ih-Jny73DUg

 

3.0 BAHAN BANTU MENGAJAR ISIPADU CECAIR

Mengajar konsep isipadu cecair bukanlah satu tugas yang mudah. Sebagai seorang guru matematik yang prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid seperti miskonsepsi isipadu cecair, maka adalah wajar jika guru-guru berusaha untuk menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai, berkesan dan yang paling penting ialah dapat membantu murid-murid memahami konsep isipadu cecair. Berikut adalah ciri-ciri BBM yang saya pilih:

            i.          Sesuai untuk topik isipadu cecair
            ii.         Murah dan mudah didapati
            iii.        Berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar supaya ianya lebih
konkrit dan dapat diingat oleh pelajar jika dijadikan contoh.
            iv.        Boleh digunapakai oleh semua murid tanpa mengira tahap kebolehan
dan kecerdasan mereka.

Maka dengan itu, untuk topik ini saya akan menggunakan bahan-bahan buangan (terpakai) bagi memperkenalkan ukuran tidak piawai/bukan standard isipadu cecair. Bahan-bahan tersebut adalah seperti yang berikut:

















Botol plastik bekas minuman ini boleh diperolehi dalam beberapa saiz seperti 1.5 Liter, 1 Liter dan 0.5 Liter. Botol ini boleh didapati dengan mudah dengan kos yang murah. Botol adalah relevan bagi murid kerana mereka sudah biasa melihatnya.Gelas juga adalah bahan yang mudah didapati serta murid sudah biasa dengan bahan ini. Cuma satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah bahan ini perlu diguna dengan berhati-hati kerana ia mudah pecah.

Bahan bantu mengajar yang saya pilih diatas adalah amat sesuai untuk memperkenalkan konsep isipadu cecair terutamanya kepada murid-murid di tahun dua kerana ianya blum melibatkan unit standard. Bahan ini juga amat sesuai digunakan untuk memperkenalkan istilah-istilah ‘kurang’, ‘separuh’, ‘kosong’, ‘penuh’ dan ‘lebih separuh’ kepada murid-murid tahun 2 kerana pada peringkat inimereka masih lagi belum menggunakan ukuran piawai, maka bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam P&P adalah bahan yang tidak memerlukan sukatan yang tepat.Seterusnya Bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan terutamanya bagi murid-murid cerdas ialah silinder penyukat dan bikar:

















Pada peringkat murid-murid di tahun 2, mengukur isipadu cecair bukanlah satu perkara yang mudah kerana untuk menggunakan silinder penyukat, kita memerlukan kemahiran dan pengalaman. Lagipun, bagi mendapatkan bacaan yang betul, silinder penyukat perlu diletakkan di permukaan yang rata. Semasa mengambil bacaan, pastikan mata kita berada pada aras meniskus.Bagi kebanyakan cecair,meniskus ialah paras paling bawah permukaan cecair tersebut. Namun bahan bantu mengajar ini relevan untuk digunakan sebagai pengayaan atau hanya untuk membiasakan murid-murid dengan cara menyukat isipadu cecair dengan menggunakan sulatan piawai yang betul. Begitu juga dengan bikar yang mempunyai sukatan. Bahan ini dapat kita gunakan ketika mengajar murid-murid dalam memperkenalkan konsep isipadu cecair. Silinder penyukat dan bikar sebenarnya bukannya bahan yang asing bagi murid-murid kerana bahan-bahan ini selalunya ada di makmal sains. Dengan menggunakan kedua-dua bahan bantu mengajar ini, saya juga agar murid-murid memahami serba sedikit tentang kegunaan skala di tepi bikar dan silinder penyukat itu tersebut sekaligus menimbulkan semangat ingin tahu mereka.

 

4.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Murid Cerdas

Objektif:
Mengatasi masalah salah tanggapan konsep atau miskonsepsi isipadu cecair dalam kalangan murid-murid tahun 2.

Fokus:
Aktiviti ini melibatkan pemerhatian ke atas ciri-ciri bikar termasuklah diameter, saiz dan ketinggian bikar. Murid-murid juga perlu memehatikan paras air setiap bikar. Aktiviti ini memerlukan banyak interaksi antara guru dengan murid,  murid dengan murid serta murid dengan bahan.

Bahan Bantu Mengajar:
Bikar pelbagai saiz

Langkah-Langkah Aktiviti:

i.          Guru mempamerkan kepada murid beberapa bikar kosong yang berlainan saiz dan meminta murid membuat pemerhatian, terutamanya terhadap perbezaan saiz bikar.











 ii.        Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan terdiri dari 4 hingga 5 orang dalam satu kumpulan.

iii.        Setiap kumpulan diberikan masa lebih kurang 5 minit untuk mengenalpasti ciri-ciri setiap bikar seperti ketinggian, diameter, saiz dan sebagainya.

iv.        Setiap bikar diisi dengan 100ml air. Guru menegaskan agar murid-murid memerhatikan dengan teliti paras ketinggian air di dalam bikar. Pada ketika ini, mungkin ada beberapa orang murid yang berasa hairan kenapa ketinggian paras air di setiap bikar berbeza.











v.         Seterusnya guru akan bertanya kepada murid, mana antara bikar tersebut mempunyai isipadu air yang paling tinggi (banyak). Ini bertujuan untuk menguji apakah ada diantara murid yang sedar bahawa sebenarnya setiap bikar tersebut mempunyai isipadu air yang sama.

vi.        Jika ada diantara murid yang tahu bahawa setiap bikar mempunyai isipadu air yang sama iaitu 100ml, maka guru seterusnya  boleh bertanya kepada murid kenapa paras air setiap bikar adalah berbeza? Selepas itu, barulah guru menerangkan bahawa bikar yang mempunyai diameter yang besar akan mempunyai paras air yang rendah manakala bikar yang mempunyai diameter yang kecil akan mempunyai paras air yang tinggi.
v.         Di akhir aktiviti ini guru akan membantu murid-murid untuk membuat rumusan bahawa semasa membuat perbandingan cecair bagi dua bikar yang berlainan saiz , ketinggian paras air tidak boleh digunakan untuk menentukan kapasiti isipadu cecair.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Murid Lemah

Objektif:
Mengatasi masalah salah tanggapan konsep atau miskonsepsi isipadu cecair dalam kalangan murid-murid tahun 2.

Fokus:
Murid-murid akan dapat mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dengan betul.

Bahan Bantu Mengajar:
Botol, Gelas

Langkah-Langkah Aktiviti:

i.          Guru menunjukkan 1 gelas dan 1 botol berisi air.



 























 ii.        Minta murid menyebutkan bekas manakah yang mempunyai isipadu cecair
yang lebih. Murid akan mengatakan bahawa isipadu botol lebih banyak sebab
ia lebih tinggi.
iii.        Guru meminta 2 orang murid menuangkan air tersebut ke dalam 2 biji gelas
lain yang mempunyai saiz yang sama. Minta murid menyebutkan bekas  yang manakah yang mengandungi lebih air. (murid mengatakan kedua-duanya sama banyak).


 




























iv.      Guru menerangkan bahawa kandungan isipadu cecair tidak boleh diukur
berdasarkan ketinggian bekas.

v.         Guru menunjukkan 3 biji gelas yang sama saiz. Minta murid memberitahu
persamaan di antara ketiga-tiga gelas tersebut.





























  



vi.        Perkenalkan kosa kata ‘penuh’, ‘separuh’, ‘penuh’.

vii.        Minta murid tampil ke hadapan dan mengisi air mengikut kosa kata yang diberikan                            
            dengan bantuan guru.




PENUH














SEPARUH

















PENUH















viii.      Guru memeriksa setiap kumpulan untuk memastikan murid mengisi air
dengan betul berdasarkan kosa kata yang diberikan.



5.0 MEMBINA BLOG

Dalam tugasan ini, saya telah membina satu blog dengan menggunakan platform BLOGGER dan telah memasukkan video, bahan-bahan bantu mengajar dan aktiviti-aktiviti pengaahran untuk murid cerdas dan lemah seperti yang dikehendaki. Berikut adalah pautan (link) blog tersebut dengan beberapa paparan yang terdapat pada blog tersebut:



Paparan 1:













Paparan 2:

6.0 RUMUSAN

Sesungguhnya, penguasaan konsep isipadu cecair oleh seseorang pelajar adalah sangat penting agar pembelajaran mereka lebih berkesan. Guru perlu bijak memainkan peranan supaya pengajaran dan pembelajaran isipadu cecair lebih berkesan. Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan untuk mengukuhkan  penguasaan konsep isipadu cecair di dalam diri murid-murid. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan perlu berpusat kepada murid-murid agar pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan serta tidak membosankan. Sebagai kesimpulan, tanggapan bahawa bekas yang mempunyai paras air yang tinggi mempunyai kapasiti yang banyak oleh murid-murid tahun boleh dibetulkan dengan menggunaakan alat membantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Oleh itu guru perlu bijak  memilih alat bantu mengajar yang baik dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada murid dan kesesuaian bahan bantu mengajar yang dipilih tersebut

RUJUKAN

RUJUKAN

Lee Tak Sing, Lean Kee Fong & Azizah binti Haji Tengah. (2003). Mathematics
KBSR Year 2   Textbook Part 2. Hypersurf corporation Sdn. Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.

Lee Tak Sing, Lean Kee Fong & Azizah binti Haji Tengah. (2003). Mathematics
KBSR Year 2 Activity Book Part 2. Hypersurf corporation Sdn. Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.

Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat. (2007). HBMT2103 Teaching
Mathematics in Year Two. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan