Saturday, November 20, 2010

3.0 BAHAN BANTU MENGAJAR ISIPADU CECAIR

Mengajar konsep isipadu cecair bukanlah satu tugas yang mudah. Sebagai seorang guru matematik yang prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid seperti miskonsepsi isipadu cecair, maka adalah wajar jika guru-guru berusaha untuk menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai, berkesan dan yang paling penting ialah dapat membantu murid-murid memahami konsep isipadu cecair. Berikut adalah ciri-ciri BBM yang saya pilih:

            i.          Sesuai untuk topik isipadu cecair
            ii.         Murah dan mudah didapati
            iii.        Berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar supaya ianya lebih
konkrit dan dapat diingat oleh pelajar jika dijadikan contoh.
            iv.        Boleh digunapakai oleh semua murid tanpa mengira tahap kebolehan
dan kecerdasan mereka.

Maka dengan itu, untuk topik ini saya akan menggunakan bahan-bahan buangan (terpakai) bagi memperkenalkan ukuran tidak piawai/bukan standard isipadu cecair. Bahan-bahan tersebut adalah seperti yang berikut:

















Botol plastik bekas minuman ini boleh diperolehi dalam beberapa saiz seperti 1.5 Liter, 1 Liter dan 0.5 Liter. Botol ini boleh didapati dengan mudah dengan kos yang murah. Botol adalah relevan bagi murid kerana mereka sudah biasa melihatnya.Gelas juga adalah bahan yang mudah didapati serta murid sudah biasa dengan bahan ini. Cuma satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah bahan ini perlu diguna dengan berhati-hati kerana ia mudah pecah.

Bahan bantu mengajar yang saya pilih diatas adalah amat sesuai untuk memperkenalkan konsep isipadu cecair terutamanya kepada murid-murid di tahun dua kerana ianya blum melibatkan unit standard. Bahan ini juga amat sesuai digunakan untuk memperkenalkan istilah-istilah ‘kurang’, ‘separuh’, ‘kosong’, ‘penuh’ dan ‘lebih separuh’ kepada murid-murid tahun 2 kerana pada peringkat inimereka masih lagi belum menggunakan ukuran piawai, maka bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam P&P adalah bahan yang tidak memerlukan sukatan yang tepat.Seterusnya Bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan terutamanya bagi murid-murid cerdas ialah silinder penyukat dan bikar:

















Pada peringkat murid-murid di tahun 2, mengukur isipadu cecair bukanlah satu perkara yang mudah kerana untuk menggunakan silinder penyukat, kita memerlukan kemahiran dan pengalaman. Lagipun, bagi mendapatkan bacaan yang betul, silinder penyukat perlu diletakkan di permukaan yang rata. Semasa mengambil bacaan, pastikan mata kita berada pada aras meniskus.Bagi kebanyakan cecair,meniskus ialah paras paling bawah permukaan cecair tersebut. Namun bahan bantu mengajar ini relevan untuk digunakan sebagai pengayaan atau hanya untuk membiasakan murid-murid dengan cara menyukat isipadu cecair dengan menggunakan sulatan piawai yang betul. Begitu juga dengan bikar yang mempunyai sukatan. Bahan ini dapat kita gunakan ketika mengajar murid-murid dalam memperkenalkan konsep isipadu cecair. Silinder penyukat dan bikar sebenarnya bukannya bahan yang asing bagi murid-murid kerana bahan-bahan ini selalunya ada di makmal sains. Dengan menggunakan kedua-dua bahan bantu mengajar ini, saya juga agar murid-murid memahami serba sedikit tentang kegunaan skala di tepi bikar dan silinder penyukat itu tersebut sekaligus menimbulkan semangat ingin tahu mereka.

 

No comments:

Post a Comment