Saturday, November 20, 2010

4.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Murid Cerdas

Objektif:
Mengatasi masalah salah tanggapan konsep atau miskonsepsi isipadu cecair dalam kalangan murid-murid tahun 2.

Fokus:
Aktiviti ini melibatkan pemerhatian ke atas ciri-ciri bikar termasuklah diameter, saiz dan ketinggian bikar. Murid-murid juga perlu memehatikan paras air setiap bikar. Aktiviti ini memerlukan banyak interaksi antara guru dengan murid,  murid dengan murid serta murid dengan bahan.

Bahan Bantu Mengajar:
Bikar pelbagai saiz

Langkah-Langkah Aktiviti:

i.          Guru mempamerkan kepada murid beberapa bikar kosong yang berlainan saiz dan meminta murid membuat pemerhatian, terutamanya terhadap perbezaan saiz bikar.











 ii.        Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan terdiri dari 4 hingga 5 orang dalam satu kumpulan.

iii.        Setiap kumpulan diberikan masa lebih kurang 5 minit untuk mengenalpasti ciri-ciri setiap bikar seperti ketinggian, diameter, saiz dan sebagainya.

iv.        Setiap bikar diisi dengan 100ml air. Guru menegaskan agar murid-murid memerhatikan dengan teliti paras ketinggian air di dalam bikar. Pada ketika ini, mungkin ada beberapa orang murid yang berasa hairan kenapa ketinggian paras air di setiap bikar berbeza.











v.         Seterusnya guru akan bertanya kepada murid, mana antara bikar tersebut mempunyai isipadu air yang paling tinggi (banyak). Ini bertujuan untuk menguji apakah ada diantara murid yang sedar bahawa sebenarnya setiap bikar tersebut mempunyai isipadu air yang sama.

vi.        Jika ada diantara murid yang tahu bahawa setiap bikar mempunyai isipadu air yang sama iaitu 100ml, maka guru seterusnya  boleh bertanya kepada murid kenapa paras air setiap bikar adalah berbeza? Selepas itu, barulah guru menerangkan bahawa bikar yang mempunyai diameter yang besar akan mempunyai paras air yang rendah manakala bikar yang mempunyai diameter yang kecil akan mempunyai paras air yang tinggi.
v.         Di akhir aktiviti ini guru akan membantu murid-murid untuk membuat rumusan bahawa semasa membuat perbandingan cecair bagi dua bikar yang berlainan saiz , ketinggian paras air tidak boleh digunakan untuk menentukan kapasiti isipadu cecair.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Murid Lemah

Objektif:
Mengatasi masalah salah tanggapan konsep atau miskonsepsi isipadu cecair dalam kalangan murid-murid tahun 2.

Fokus:
Murid-murid akan dapat mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dengan betul.

Bahan Bantu Mengajar:
Botol, Gelas

Langkah-Langkah Aktiviti:

i.          Guru menunjukkan 1 gelas dan 1 botol berisi air.



 























 ii.        Minta murid menyebutkan bekas manakah yang mempunyai isipadu cecair
yang lebih. Murid akan mengatakan bahawa isipadu botol lebih banyak sebab
ia lebih tinggi.
iii.        Guru meminta 2 orang murid menuangkan air tersebut ke dalam 2 biji gelas
lain yang mempunyai saiz yang sama. Minta murid menyebutkan bekas  yang manakah yang mengandungi lebih air. (murid mengatakan kedua-duanya sama banyak).


 




























iv.      Guru menerangkan bahawa kandungan isipadu cecair tidak boleh diukur
berdasarkan ketinggian bekas.

v.         Guru menunjukkan 3 biji gelas yang sama saiz. Minta murid memberitahu
persamaan di antara ketiga-tiga gelas tersebut.





























  



vi.        Perkenalkan kosa kata ‘penuh’, ‘separuh’, ‘penuh’.

vii.        Minta murid tampil ke hadapan dan mengisi air mengikut kosa kata yang diberikan                            
            dengan bantuan guru.




PENUH














SEPARUH

















PENUH















viii.      Guru memeriksa setiap kumpulan untuk memastikan murid mengisi air
dengan betul berdasarkan kosa kata yang diberikan.



No comments:

Post a Comment